Sunday, November 15, 2009

Cik Yah ke Makkah





Khuatir tidak dapat mengucapkan selamat berangkat kepada Cik Yah kuih koci , saya singgah di warungnya petang semalam. Belumpun  sempat saya menghulurkan tangan , cik yah segera memeluk saya erat sambil mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana tahun ini tiba gilirannya dan suaminya menunaikan ibadah haji setelah menunggu giliran bertahun-tahun. Saya segera meminta maaf kerana tidak berkesempatan menghadiri kenduri doa selamat di rumahnya pada Ahad lepas.

Tuesday, November 10, 2009

Adios Gen.2


What a nice drive-by-wire car. Back in February 2004, when the Gen.2 started to roll out from its Proton City assembly line, we waited anxiously to get hold of this car. Attracted to the sporty design, the Gen.2 resembles one of mercedes’ coupe model especially when looking from the rear side. Designed based on ‘minimalist’ concept it looks small but yet muscular and compact.

Knowing that purple Gen.2 will be a rare species, we waited for another two months and it was not until end of July we managed to drive home a brand new Gen.2 after so much hassle from the dealer. Like other proton cars sure Gen.2 has its setbacks like the door handle, power window, exhaust pipe but all these are quite normal to other proton models.


Monday, November 9, 2009

Quranic Verses on Baby's Body




Qur'anic verses have reportedly appeared on the body of a nine-month old boy named Ali from the Russian Republic of Dagestan. Since his birth, birthmarks in the form of Arabic script have been appearing on Ali's body. First, there were individual letters but then texts began appearing, the Russian-language Vesti news channel quoted his parents as saying on Thursday.

"First, there was a hematoma on his chin. When the bruise went off, we saw the word "Allah," Ali's mother Madina Yakubova said.

Surprisingly, one of the baby's legs has an inscription, "Allah is the creator of all entities."
The TV channel reported that Ali was first diagnosed with "ischemic heart disease of the second degree" and "infantile cerebral paralysis" in the maternity clinic. However, after the inexplicable events began happening, he was examined again and found healthy.
The incident has been drawing hundreds of Dagestani Muslims to Ali's home everyday, prompting local authorities to guard the house round-the-clock.


Dipetik dari RADIX@HPA AMPANG

Sunday, November 1, 2009

Erti Sebuah Perkahwinan


 Entry saya pada kali ini sebenarnya adalah hasil tulisan Ustaz Hasrizal, ustaz paling popular di arena web dan dunia siber buat masa ni. Banyak entry ustaz Hasrizal di dalam  "saifulislam.com" yang meninggalkan kesan pada diri saya dan rakan-rakan yang lain.Melalui tulisannya , Ustaz Hasrizal mampu menarik minat pembaca untuk memikirkan semula tanggungjawab kita di dunia sementara ini,sekaligus membuka minda pengunjung "saifulislam.com" untuk memikirkan semula sejauh mana kita telah menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan olehNya. Banyak lagi artikel menarik yang  dimuatkan di dalam blog mahupun facebook ustaz, namun saya memilih "Erti Sebuah Perkahwinan" kerana walaupun telah berkali-kali membacanya, namun belum pernah timbul rasa jemu, bahkan ada ketikanya air mata saya akan mengalir dengan sendirinya bila mengenangkan perjalanan kehidupan diri sendiri sebagai isteri kepada suami, ibu kepada anak-anak, anak kepada ibu bapa, adik kepada kakak-kakak dan tugas-tugas saya yang lain sebagai jiran dan sebagainya. Adakah tanggungjawab tersebut telah dilaksanakan?????

 Di bawah ini adalah nukilan ustaz Hasrizal sebagai pembuka hati dan minda buat  sahabat dan diri saya sendiri memikir dan menilai kembali diri sendiri. Wallahualam

INI TULISAN USTAZ HASRIZAL
Baca ye......

Bulan ini, sudah lima tahun saya berumahtangga, bergelar suami kepada seorang isteri. Sungguh pantas masa berlalu. Sudah separuh dekad, saya dan isteri menempuh kehidupan yang penuh dengan pelbagai teladan dan sempadan.

Perkahwinan kami tidak susah. Ketika saya mengambil keputusan untuk memperisterikan beliau, saya hanya berpandukan kepada fatwa hati. Dengan sedikit maklumat tentangnya, dan gambar yang langsung tidak membolehkan saya mengecam rupanya, saya berpegang dengan pesan Nabi SAW bahawa hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan. ‘Orang tengah’ yang juga merupakan sahabat saya memahami keputusan tersebut. Hati saya tenang.